Jumaat, 12 November 2010
SWEET CHILD - Kau Guriskan Perasaan
Semenjak kau kenali dia
Pandanganmu mula beralih arah
Aku di sebelah bagai tak nampak
Seolah kasihku... sudah kau campak dari hatimu
Tak mampu untukku bersuara
Tak sanggup bersemuka dengannya
Walau dihati marah membara
Kerna ku sedar...
Cinta itu tak boleh dipaksa
( korus )
Kiranya apa yang terucap selamanya ini
Hanya sekadar madah penyeri suasana
Oh amat pedih perasan ini bila
Dipermainkan sewenang-wenang
Olehmu yang ku anggap kekasih
Dalam keadaan yang tertekan
Masih mampu kumenahan
Lainlah engkau waktu ini
Bersamanya menyemai janji
Terpaksalah kulupakan walau hati masih sayang
Kerna engkau kini jadi milik orang
Tak perlu ucap bahagia
Padamu kini bersamanya
Kerna hati ini masih marah lagi
Atas perbuatan... yang telah
menguris perasaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan